UEXPECTED PLAN TO GENTING!
Actually aku dengan kawan aku tak expect pun akan buat benda ni. Aku dan kawan aku pergi ke Genting Highlands tanpa merancang. Bulan lepas, diorang plan nak pergi ke Genting Highland. Aku tak jangka yang diorang plan untuk masa terdekat ni. Aku tidak ready nak pergi trip sebab aku tak ada duit. Tapi last-last aku join jugak sebab aku sebersalah, diorang dah sewa kereta.
Kitorang gerak dari kolej dalam pukul 8.00 malam. Kami ke Uptown Danau Kota, Kuala Lumpur. Kitorang ke sana sebab lapar and kat sana pelbagai jenis makanan yang boleh dipilih untuk dimakan. Kami makan char kuey teow di satu gerai ni. Rasanya sedap dan pedas. Then, kami try makan gula-gula 'naga' yang sedang viral di media sosial. Apabila kita makan gula-gula, ada asap yang keluar dari mulut. Hahahaha aku terhibur sebenarnya bila makan benda ni.
Setelah makan, kami memulakan perjalanan kami ke Genting highland pukul 11.00. Kitorang takut sebab kitorang guna kereta axia je. Bimbang jugak sebab takut kereta akan rosak dalam perjalanan. Nasib baik kami selamat tiba di Genting Highland. Kami park kereta kami di tempat parking. Kami duduk di bangku kat area situ untuk menikmati pemandangan. Pemandangannya begitu indah sebab dapat tengok panorama malam. Suhu berada pada 19 darjah, sejuk jugak. So kitorang pakailah sweater yang kitorang bawa dari kolej. Kami menghabiskan masa di sana dengan berborak dan bermain permainan.
Selepas kami selesai, kami tidur di dalam kereta kami untuk berehat. Kalau dah tidur dalam kereta memang tak selesa lah dengan cuaca sejuk tapi semua okay je, takde masalah. Keesokan harinya, kami bangun dan kami makan makanan yang kami bawa. Then, kami balik ke kolej.
Ni antara pengalaman paling manis sesama kami. Walaupun kami tak merancang dengan baik, agak mengejutkan kerana kami tidak pakai banyak duit pun dan dapat eratkan lagi hubungan sesama kami.
Comments
Post a Comment