NARUTO!
Hi semua! FYI, aku tak berapa minat anime sangat. Tapi aku cuma minat satu anime je, Naruto. Naruto ni aku layan dari aku kecik lagi. Dulu keluar kat TV3 hari Jumaat pukul 7 petang. Time tu aku terus duduk macam tunggul depan tv. Series Naruto ni dah habis pada tahun 2015. Sekarang disambung dengan cerita tentang anaknya, Boruto. Tapi sekarang aku bukan nak cerita pasal Boruto, aku nak shortlist character dalam Naruto Series yang menjadi favourite aku. Kalau nak tau lagi lanjut pasal diorang ni korang boleh jr Google.
UZUMAKI NARUTO
Uzumaki Naruto ni main character dalam Naruto series. Dia ni kalau korang layan series ni dari awal, korang akan nampak improvement dia yang sangat power. Dia dari zero to hero la senang cakap.
UCHIHA SASUKE
Sasuke ni satu je aku boleh cakap. Kalau dia ada 2 tangan, dia aku boleh label sebagai 'god' dalam naruto ni.
MIGHT GUY
Dia punya last fight lawan Madara antara yang korang kena tengok walaupun pendek je.
UCHIHA ITACHI
Abang kepada Sasuke. Dia terpaksa bunuh semua ahli dalam puak dia sebab takut tercetus perang saudara dalam Konoha tapi sayangkan adik dia.
UCHIHA MADARA
Antara character antagonis yang korang akan suka fight dia.
Comments
Post a Comment