SENYUMANKU TAKKAN SAMA LAGI... part 1

Hai semua, kalini aku nak cerita pasal pengalaman aku. Actually aku cakap senyuman aku takkan sama lagi sebab berlaku kemalangan masa main hoki. So bila aku kata senyuman korang boleh figure out lah ya part mana yang injured tu hahaha.

Kejadian ni berlaku masa KAKOM 17 (Karnival Kokurikulum Matrikulasi 2017). Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan jadi tuan rumah untuk KAKOM kali ni. Aku join sukan hoki (literally sebab aku teruk gila kalau main sukan lain). Kami bergerak ke KMNS dari KMS (Matrik Selangor) pada pukul 8.30 pagi dan tiba di sana dalam pukul 11 macamtu la kot tak silap.

Dah sampai tu kami masuk ke bilik. KMNS ni antara matriks yang tertua so bangunan & interior dia literally old school. Then kami makan di cafe dan bersiap untuk tunaikan solat jumaat. Pada pukul 3.00 petang, kami satu team pergi ke padang hoki SSNS SMK Za'ba untuk sesi test padang sampailah ke petang. Pada malam sebelum KAKOM mula, kami satu kontinjen KMS bergambar untuk dimasukkan dalam kerja-kerja dokumentasi untuk majlis penutupan akan datang.

Tempat tinggal kontinjen kami sepanjang KAKOM 17. Nampak kan oldcschool dia hahaha

Sebahagian kontinjen KMS yang ada dekat KAKOM 17.

Pada esoknya, game pertama kami adalah menentang Matrik Melaka. Semasa permainan berlangsung, kami sedar yang cara mereka main agak kasar sebab banyak melakukan foul dan teammate aku pun mula ada lebam di tangan, kaki dll. Permainan diteruskan sampailah berlaku insiden besar yang menjadi perhatian semua yang ada di situ. Seorang pemain KMM memukul bola dan menghayunkan stick sangat tinggi sampai stick tu kena muka aku. Aku terus tergolek kat situ dan 'blank' kejap. Then aku sedar something, gigi aku tercabut. Lagi teruk, aku nampak ada serpihan gigi aku di atas turf. Permainan dihentikan sekejap untuk bawa aku keluar. Aku direhatkan di luar sementara menunggu ketibaan ambulans.

 Tiba je di hospital, aku masuk ke wad kecemasan zon kuning. Doktor lihat dahulu tahap kecederaan aku dan doktor kata yang dia terpaksa cabut serpihan gigi yang tinggal sebab gigi tu dah hancur tapi still melekat dekat gusi. Aku pun terpaksa la iyakan aja. Tak lama lepas tu, doktor tu pun cabutlah gigi aku ni. dia letak bius di gusi belah luar dan dekat lelangit. Sakit masa dia suntik kat lelangit tu cuba korang bayangkan kalau tulang ikan tercucuk kat lelangit. Sakitnya tu tuhan je yang tahu. Lepas dia cabut keseluruhan gigi yang rosak tu, Dia jahit gusi aku sebanyak 2 jahitan. Bibir aku yang pecah ni dijahit 7 jahitan.

 Lepas settle tu semua, Aku dibawa balik ke KMNS oleh Ketua Unit Kokurikulum KMS. Aku berehat di bilik seharian bayangkan malangnya aku sebab injured awal game. Tak sempat pun nak merasa nak gentel bola tu ke nak bagi skor gol ke :').


Comments

Popular posts from this blog

HOCKEY STICKS REVIEW!

Nama Aku Syazmil

NARUTO!