Pengalaman Sukem 2018 (HOKI)

Hai. Kalini aku nak cerita pasal pengalaman aku join SUKEM (Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia). Aku macam biasa la, akan join hoki sebab aku hidup mati hoki kan hahahaha. So aku join team hoki KAB (Kolej Aminuddin Baki). Aku datang ke training petang-petang then aku terpilih untuk join team KAB. Game berlangsung pada Sabtu 24 November 2018 di Stadium Hoki Seremban 2.

Aku pun drive la kesana sebab pengangkutan terhad aku pun bagi tumpang set keeper sebab but belakang tu muat-muat je untuk letak set tu. Setibanya di stadium, kami rehat dulu kat tempat yang teduh. Then kami tukar baju dan rehat sementara menunggu game kami. Pada first game kami, Kami menentang KKM (Kolej Keris Mas). Untuk pengetahuan korang, Team hoki KAB sebenarnya sangat O.P (overpowered). Sebab pada Sukem yang lepas, KAB bantai KKM sebanyak 9-0 kalau tak silap aku. Tapi kalini tak dapat 9-0, 3-0 pun jadi lah.

Next game pulak kami menentang KPZ (Kolej Pendeta Za'ba). Kami menang 4-0 dan dalam game ni lah aku dapat score 1 goal untuk KAB. Then kami tunggu la untuk giliran kami seterusnya. Kami mendapat 'bye' dan mara terus ke separuh akhir. Kami terasa lapar pulak sementara menunggu ni so kami cari makan di sekitar seremban.

Tengah seronok makan, tak sedar lepas ni game kami. Kami menentang KUO (Kolej Ungku Omar) dalam separuh akhir. Lepas je makan, semua siap-siap untuk game dengan perut yang penuh tu hahahaha. Walaupun perut penuh, kami dapat mara ke final dengan kemenangan sebanyak 4-0.

Pada peringkat akhir, kami menentang KIY (Kolej Ibrahim Yaakub). Walaupun peringkat akhir, kami masih lagi menang mudah sebnyak 4-0. Dengan itu, kami memnangi kejohanan dan meraih emas untuk KAB. Aku berasa bangga kerana dapat menyumbang medal untuk Kolej Aminuddin Baki.

Team hoki KAB yang power semuanya!

Thank you member yang sanggup datang Seremban untuk support!

Comments

Popular posts from this blog

HOCKEY STICKS REVIEW!

Nama Aku Syazmil

NARUTO!