HOCKEY! Part 1
Entri kali ni aku nak bagi info sikit pasal hoki. Based on sumber dari wikipedia, hoki ni pertama kali dimainkan di England. Antara equipment yang digunakan dalam hoki ni macam stick, shin pad, kasut turf (kalau main atas turf tapi indoor hockey pakai kasut court je pun boleh kalau tak silap) and of course, bola hoki.
Atas tujuan keselamatan, korang boleh pakai accesories macam mouthguard dengan glove. BTW, kebanyakan glove dalam hoki ni cuma ada untuk tangan kiri so jangan terkejut kalau beli glove dapat sebelah je.
Stick hoki
Shin pad
Kasut turf
Bola hoki
mouthguard
glove hoki
Main hoki ni banyak risiko dia tapi memang la sebab sukan kan? kalau takut nak ambik risiko duduk dalam bilik je. Risiko dalam hoki ni macam ada tulang patah ke, gigi patah tak pun lebam-lebam manja hahahaha. sebabtu wujudnya equipment macam shinpad, glove ni semua, untuk nak minimumkan risiko injuries.
Dalam hoki ni standard satu game ada 4 quarter. Satu quarter dalam 15 minit. Dalam satu game akan ada 11 pemain bagi setiap pihak. Tapi bergantung pada tournament sebab ada tournament yang 7-side dan 9-side.
Antara rules yang paling common ialah bola tak boleh kena kaki, tak boleh kena pada backstick (bahagian belakang yang separuh bulat tu) dan jangan masuk wrong side (search google kalau nak tahu lebih lanjut pasal wrong side ni)
Gambar kat bawah ni ialah gambar tentang struktur padang hoki.
Aku rasa setakat ni dah cukup untuk aku cerita sedikit sebanyak pasal hoki ni, nanti aku akan ajar cara nak pukul, gelecek & banyak lagi.
Comments
Post a Comment