HOBBIES!

Hi! kalini aku nak cerita pasal hobi-hobi aku. Hahaha aku ada banyak hobi sebab mostly benda-benda ni asalnya dari minat aku. So jom ah selam sekali.

Main gitar

Macam aku cakap tadi, mostly hobi aku datang dari minat aku. So macam main gitar ni sebab aku minat music. Aku ada dua jenis gitar which is kapok dengan elektrik. Tapi kalau dekat rumah aku aku suka main gitar elektrik. Main gitar ni bagus actually sebab dia train eye-hand coordination kau dengan lefthand-right hand coordination kalau main gitar part solo la kan (based on perspektif aku hahaha). Korang patut try belajar main gitar sebab senang nak belajar.

Dengar Lagu

Aku minat muzik, aku dengar muzik. Simple. Aku suka dengar lagu bila bosan, dah nak tidur or even bila dalam trip pergi mana-mana. Muzik ni boleh ekpresikan emosi kau, so bila tengah sedih, pasanglah lagu yang boleh buat korang happy or kalau tengah happy, cari lagu yang boleh uplift lagi mood kau tu.

Cycling

Aku suka cycling. Mostly aku akan cycling di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Aku guna basikal fixed gear atau nama pasar dia fixie. Aku selalu kayuh ni dengan member so kitorang akan plan dulu then terus kayuh. Tapi bahaya cycling kat bandar ni sebab traffic ni kau tak boleh nak expect macam mana. And jangan lupa dengan urban driver yang anggap jalan tu dia punyaand macam-macam jenis driver lagi.

Futsal

Futsal ni aku selalu main waktu malam kalau bila duduk kat rumah. Tapi sejak belajar di UKM ni, aku akan main petang-petang. Tapi bila diajak untuk main waktu malam, aku on aje. Tapi malam yang selalu kami main ni lain macam, pukul 1 pagi 2 pagi, pernah sekali tu kami main pukul 3 pagi then main 2 jam. Sampai kolej solat Subuh duli barulah tidur hahahaha. Aku pun sebenarnya bukannya power sangat main futsal ni setakat nak isi masa je hahaha.


Video Games

Ni antara yang paling kerap aku buat. Mostly aku akan main game macam PUBG (Player Uknown Battle Grounds), Naruto Ultimate Ninja Storm 4 dengan Need for Speed. Kalau dalam phone aku main game macam Rules of Survival, Mobile Legend, dengan Plato. Tapi kalau main game ni jaga jugak mata tu jangan main 2pm sampai 2am, rabak mata tu nanti.

Ni antara hobi-hobi aku, Korang bolehla share korang punya!

Comments

Popular posts from this blog

HOCKEY STICKS REVIEW!

Nama Aku Syazmil

NARUTO!