Pengalaman di Minggu Mesra Mahasiswa UKM pt.1

Entri ni entri pertama aku buat tentang UKM. Aku berjaya masuk ke UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) untuk program Ijazah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan. dengan kepujian. Program ni dekat Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP). Pagi 2 September 2018, lepas aku sekeluarga bersarapan, Semua terus bersiap-siap nak hantar aku ke UKM. Dalam lebih kurang 1 jam setengah aku dah sampai Kampus Induk UKM, Bangi. Ayah aku turunkan aku betul-betul depan FEP. Masa mula-mula tengok bangunan kat UKM, Terkejut jugak sebab bangunan semua ala-ala 'old-school' gitu hahahaha...lepas dah siap daftar kat FEP, aku terus pergi ke kolej kediaman aku which is Kolej Aminuddin Baki (KAB). FYI, anyone yang study kat FEP dan duduk lat KAB, anda adalah antara manusia yang bertuah sebab dari KAB ke FEP ni cuma kena seberang jalan je, senang cakap "guling-guling dah sampai.

KAB ni kolej kediaman kedua kat UKM ni so no wonder la kenapa bangunan dia 'old-school' jugak hahahaha. Aku duduk dekat K5B which is sebelah foyer je. lepas dah daftar semua, aku pun masuk bilik. KAB ni antara kolej yang best sebab ada balcony kat dalam bilik so senang nak sidai kain *dekat tingkat 3 & 4 je yang ada balcony. Lepas dah siap-siap unpack barang, mulalah rasa sebak sebab family aku dah nak balik :'( tapi nak buat mcm mana kan dah lumrah pelajar kat uni. Lepas semua dah balik, aku terus siap-siap nak berkumpul kat dataran K4. Time tu barulah aku jumpa kawan-kawan matriks dulu.

Petang tu takde apa benda sangat pun cuma mcm ada briefing pasal MMM dan malam tu ada taklimat sikit dengan pemilihan pelajar tahun 1 untuk wakil kolej dalam bola sepak. Tak sangka pulak aku yang tak berapapower  sangat main bola ni terpilih hahahaha bangga jap. Esoknya aku ada program kat FEP, program dengan mentor.Selebihnya nanti aku cerita kat part 2. :)

Comments

Popular posts from this blog

HOCKEY STICKS REVIEW!

Nama Aku Syazmil

NARUTO!