Pengalaman di Minggu Mesra Mahasiswa UKM pt.1
Entri ni entri pertama aku buat tentang UKM. Aku berjaya masuk ke UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) untuk program Ijazah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan. dengan kepujian. Program ni dekat Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP). Pagi 2 September 2018, lepas aku sekeluarga bersarapan, Semua terus bersiap-siap nak hantar aku ke UKM. Dalam lebih kurang 1 jam setengah aku dah sampai Kampus Induk UKM, Bangi. Ayah aku turunkan aku betul-betul depan FEP. Masa mula-mula tengok bangunan kat UKM, Terkejut jugak sebab bangunan semua ala-ala 'old-school' gitu hahahaha...lepas dah siap daftar kat FEP, aku terus pergi ke kolej kediaman aku which is Kolej Aminuddin Baki (KAB). FYI, anyone yang study kat FEP dan duduk lat KAB, anda adalah antara manusia yang bertuah sebab dari KAB ke FEP ni cuma kena seberang jalan je, senang cakap "guling-guling dah sampai. KAB ni kolej kediaman kedua kat UKM ni so no wonder la kenapa bangunan dia 'old-school' jugak hahahaha. Aku duduk dek...