Pengalaman di Minggu Mesra Mahasiswa UKM pt.2
Okay kita sambung dari entri sebelum. Masa program mentor-mentee tu fakulti buat aktiviti macam explorace & sayang sangat kami dapat nombor 12. Lepas tu kami berkumpul dan ada sesi perkenalkan diri dan borak-borak sikit. Semua mentor terdiri daripada pensyarah-pensyarah FEP. lepas pemenang diumumkan, kami makan dan balik ke bilik. Aku kena bersiap-siap sebab petang tu ada perlawanan bola sepak antara kolej kediaman. Team KAB untuk Karnival Bola Sepak MMM 2018 Pada petang tu, aku sampai ke padang bola ukm (bukan stadium ya cuma padang bola biasa je) kat ukm ni ada 3 padang bola tapi yg digunakan untuk perlawanan antara kolej kediaman ni cuma 2 je. Stadium pun ada 2, satu stadium UKM, satu lagi mini stadium (pavillion). Satu team excited nak menang sebab kalau dapat masuk final dapat main kat stadium UKM & kalau menang dapat main lawan UKM FC. Kami menang first game dengan skor 2-1 and terus ke semi-final esok. Malam tu ada taklimat tentang kolej sikit-sikit then terus b...